Alu aluan Ketua Jabatan

 

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, web  rasmi Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat dilancarkan. Sekalung tahniah buat Jawatankuasa yang terlibat dalam tugas ini selari dengan keperluan  masa kini yang membolehkan penyebaran maklumat yang cepat dan tepat tentang jabatan dapat dilaksanakan.

Hakikatnya, web  rasmi JPJK membolehkan para pelanggan mendapatkan berita terkini, aktiviti yang dianjurkan dan maklumat yang berguna bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan  pembelajan. Selain itu juga, web ini  juga berupaya membina jaringan dalaman dan  luaran antara JPJK dengan  jabatan-jabatan lain serta  institusi-institusi yang  terlibat dalam  bidang pendidikan di seluruh Malaysia. Tahniah  buat  Jawatan Kuasa Web IPG Kampus Darulaman  yang telah  berjaya membina  laman web sendiri.

Tahniah juga buat warga Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan  atas sumbangan   kepakaran dan  idea bagi melaksanakan aktiviti untuk dimuat naik dalam web ini. Sesungguhnya, di tangan kitalah diletakkan tanggungjawab menggerakkan kesedaran kepada pelajar dan komuniti berkaitan kepentingan  kecergasan mental dan fizikal selaras tuntutan semasa.

Akhir kata, ikhlaskanlah niat kita dalam bekerja, kerana beban  yang berat untuk mendidik anak bangsa kita akan menjadi sederhana dengan niat yang ikhlas. Semoga dengan keikhlasan, kesungguhan, pengetahuan dan teknologi yang disatupadukan mampu untuk memastikan kecemerlangan.

Sekian, terima kasih.