Maklumat Jabatan

1.0 PENGENALAN

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (JPJK) adalah  sebuah jabatan yang memainkan peranan penting dalam usaha menghasilkan bakal guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti. JPJK telah melaksanakan kursus-kursus yang melibatkan guru praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan selaras dengan kehendak MQA bagi menghasilkan guru yang kompeten sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kursus-kursus yang dirancang di jabatan ini selaras dengan  keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan serta menepati hala  tuju IPGKDA, iaitu menggalakkan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pensyarah.

2. FUNGSI  JABATAN

2.1 Merancang dan melaksana pengajaran dan pembelajaran  Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berdasarkan       kurikulum  semasa.

2.2 Merancang dan menjalankan pentaksiran dan penilaian bidang  bidang berkaitan Pendidikan     Jasmani         dan Pendidikan  Kesihatan selaras dengan perubahan kurikulum.

2.3 Mencadangkan penambahbaikan berkaitan kurikulum,  penilaian dan pentaksiran bagi bidang Pendidikan       Jasmani dan  Kesihatan yang digubal oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia.

2.4 Merancang, mereka bentuk, memantau, menganalisis dan  menilai semua program pembangunan                      profesionalisme di  Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

2.5 Merancang, menyelaras dan memberi khidmat konsultasi dalam amalan pedagogi dan andragogi yang              dikendalikan di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

2.6 Memberi khidmat kepakaran dalam bidang berkaitan kepada  semua pensyarah di IPG Kampus                          Darulaman dan mewujudkan  jaringan profesional dengan agensi luar dan

2.7 Merancang pengurusan pembangunan infrastruktur Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

“CERGAS SEPANJANG HAYAT”